Salam Santai..
Baru- baru ni saya ada terbaca satu petikan yang agak menarik untuk dikongsikan dengan korang semua. Ya, korang. Bukan kerang. Baca dan simpan dalam hati. Bukan simpan dalam peti macam simpan jarum yang patah tu. Lepas baca, fikirkan. Mungkin benar petikan kata- kata tersebut. Biar tewas selepas bertempur, jangan mengalah sebelum berjuang.
" Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda kepada orang yang anda cintai. Luahkan padanya dan biarkan dia yang membuat keputusan. Salah satu perkara hebat yang anda lakukan ialah bilamana anda dapat memberitahu kepada orang yang anda cintai betapa penting dan istimewanya dia dalam hidup anda. Dengan itu anda akan berasa lebih yakin dan puas. Anda juga akan merasa bangga dengan diri anda kerana telah menunaikan tanggungjawab terhadap perasaan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara, bukan orang lain."
Bicara Santai
Saturday 11 June 2011
Friday 10 June 2011
Kerenah Orang Kita
Salam Santai..
Susahnya nak puaskan hati semua orang kan. Kalau banyak bekerja dikata tak campur orang. Kalau bercampur orang dikata banyak mengular daripada bekerja. Bila tak keluar minum dikata propa macam busy belaka. Bila keluar minum dikata ikut kepala macam opis bapak kita. Bila kerja bagai nak gila, huhh.. sikit pun depa tak pandang kita. Tapi bila prestasi keja menurun seketika, tu diaa..canang pulak performance kureng tu pasal tak naik lagi setangga. Itulah ragam orang kita.
Bila kena tang hidup dia, boleh pulak naik bertangga- tangga. Masa tu terus lupa tanah yang rata. Mungkin terlupa resam dunia, hidup ibarat putaran roda. Bila kat atas nun berjimba bersuka ria, pijak lumat semua yang ada. Bila tersungkur baru merana, time tu jangan kata bertepuk suka, silap- silap yang buat kenduri pun ada.
Wahai si polan si pembuat angkara, sampai bila kau nak mendabik dada? Petunjuk dan bala rasanya macam kau dah terima, boleh lagi kau buat selamba ya? Sudah- sudahla si wayang *i*a, bercakap banyak memang kau suka tapi isi habuk pun takda.
Apalah gerangan maksud di dada, melaga- laga sesama manusia? Diri sendiri diangkat dipuja, teringin nak jadi superhero la tu gamaknya. Apalah nasib orang kita, masih sempit pemikiran si tua. Konon yang muda tak cukup ilmu mengatur rencana. Ini semua superhero punya angkara.

Sudah- sudahla si wayang *i*a, bertukarla jadi superhero atau wira mana yang kau suka, pada aku kau tetap sama. Kau tetap RASAKSA BUSUK BERMULUT PUAKA.
Rasaksa Busuk - Credit to Pakcik Google |
Wednesday 8 June 2011
Apa..Kelas Dah Tamat??
Salam..
Setelah hampir 2 hari belajar dalam Kelas Asas Pembangunan Blog ni, nampaknya dapatlah dipraktikkan serba sedikit ilmu yang diturunkan oleh cikgu kita, Puan Suziana Hanafi. Thanks Kak Suzie.:)
So watch out all the bloggers out there.. New generation of bloggers are coming up in town. haha..
For those yang dah biasa dapat untung puluh puluhan, ratus ratusan waima ribu ribuan, jangan dok ralit naa..satgi hangpa punya keuntungan terpaksala dibagi sama rata dengan new bloggers ni suma. Takpala noo, tak elok untung makan sorang, kita agih- agihkan baru berkat.
Okeyla, sesi pembelajaran masih perlu diteruskan. Lain masa kita sembang lagi naa.
Credit to Pakcik Google |
*Salam Santai*
-Yours Truely-
Subscribe to:
Posts (Atom)