Salam Santai..
Baru- baru ni saya ada terbaca satu petikan yang agak menarik untuk dikongsikan dengan korang semua. Ya, korang. Bukan kerang. Baca dan simpan dalam hati. Bukan simpan dalam peti macam simpan jarum yang patah tu. Lepas baca, fikirkan. Mungkin benar petikan kata- kata tersebut. Biar tewas selepas bertempur, jangan mengalah sebelum berjuang.
" Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda kepada orang yang anda cintai. Luahkan padanya dan biarkan dia yang membuat keputusan. Salah satu perkara hebat yang anda lakukan ialah bilamana anda dapat memberitahu kepada orang yang anda cintai betapa penting dan istimewanya dia dalam hidup anda. Dengan itu anda akan berasa lebih yakin dan puas. Anda juga akan merasa bangga dengan diri anda kerana telah menunaikan tanggungjawab terhadap perasaan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya, hanya anda yang akan sengsara, bukan orang lain."
No comments:
Post a Comment